MASA: 8.30 malam
SINOPSIS BEDAH TONG GAS

bermula dengan Bedah berusia 27 tahun. Dia menjalankan perniagaan menjual tong gas di kampungnya. Selain membuka kedai, dia turut mempromosikan tong gasnya menerusi laman blog www.bedahtonggas.blogspot.com serta facebook, menggunakan nama ‘Bedah Cun’.
Bedah sering diganggu oleh pemuda-pemuda yang menjadi rakan facebooknya. Dia akan membuang nama-nama pemuda yang sering mengganggunya menerusi facebook. Malahan Bedah pernah mogok menutup kedainya selama seminggu dan membuatkan penduduk kampung yang kehabisan gas terpaksa masak menggunakan kayu api.
Pemuda yang sering mengganggu bedah termasuklah Zamri, anak Lebai Kulop, dan Ucop. Mereka pernah menyamar menjadi pemuda kaya dan berkenalan dengan Bedah dalam facebook. Bukan itu sahaja, mereka sanggup menelefon Bedah tengah malam dan memberitahu kedainya meletup! Tanpa diketahui orang, Bedah telah jatuh cinta dengan bapa Zamri, iaitu Lebai Kulop menerusi facebook. Suatu hari Lebai Kulop memberitahu hasratnya untuk mengahwini Bedah. Ini mebuatkan Zamri berasa amat terkejut. Adakah Zamri juga menaruh harapan terhadap Bedah, dan sebab itulah dia sering mengusik Bedah?
HOT FILE : DOWNLOAD
0 comments:
Catat Ulasan