Keputusan Malaysia VS Indonesia dalam bola sepak Sukan SEA 2011 semalam di peringkat kumpulan sudah cukup memberirikan sinar dan harapan yang mana pasukan Malaysia mampu memberikan kejutan sekali lagi pada edisi sukan SEA kali ini. Mungkin pingat emas sekali lagi?
Semalam boleh dikatakan sekitar hanya 4 hingga 5 pemain utama Indonesia diturunkan pada perlawanan Malaysia VS Indonesia. Tampak “over confodent” yang akhirnya memakan diri sendiri. Yang untungnya Malaysia juga, keputusan Malaysia VS Indonesia semalam mengelakkan Malaysia bertemu Vietnam tetapi sebaliknya menentang Myanmar pada separuh akhir bola sepak Sukan SEA 2011.
Kami tetap optimis (macam ayat jurulatih Malaysia pula) Malaysia boleh bergelar juara bola sepak Sukan SEA 2011 sekaligus mempertahankan pingat emas yang dimenangi 2 tahun lalu. Silap-silap semasa perlawanan akhir nanti akan sekali lagi bertemu dengan seteru utama Malaysia, Indonesia. Mungkin & tidak mustahil sama sekali
0 comments:
Catat Ulasan